Kredit kepada Penulis Asal : Abdul Mueiz. Sila hubungi kami untuk menurunkan posting ini jika perlu.
Bila yang 'kurang mampu' tanya macam mana nak sambung belajar, saya cakap, klik saja terima wang pendahuluan PTPTN dalam UPU tu. Sekurang-kurangnya, kalau tak tampung semua, yuran dah tentu ada yang bayarkan.
"Tapi cikgu, kami ni tak mampu."
Laaaaa. Yang tak mampu lah kena ambil PTPTN. Lagi pun, bukan mak ayah yang bayar PTPTN tu. Nanti anak-anak dah kerja, merekalah bayar.
Macam kitalah. Selama ni PTPTN tu mak ayah kita ke yang bayar?
Tak, kan?
Kita yang bayar. Sama juga macam anak kita nanti. Biarlah mereka yang bayar.
Ya, yang mak ayah sediakan duit, bayarkan yuran, sediakan duit poket, itu rezeki mereka.
Bagi kita yang tak ada ni, sambut sajalah apa peluang yang ada.
Mudah-mudahan, anak-anak kita dikurniakan rezeki bukan hanya dalam bentuk duit tetapi juga ilmu dan kepandaian demi masa depan mereka. InsyaAllah.
SEMOGA TIADA YANG MENJADIKAN MASALAH KEWANGAN SEBAGAI ASBAB TIDAK SAMBUNG BELAJAR.